Pengenalan
ZAWIYAH YUSUFIYYAH(ZAYTUN) merupakan satu institusipendidikan Agama bersanad yang terletak di atas tanah wakaf al-Marhumah Hajjah Kelsom Bt Hj Daud, merupakan isteri kepadaSultan Zainal Abidin III, berhampiran dengan bangunan ikonik PuraTanjung Sabtu, Kg Tanjung Sabtu, Manir, Kuala Terengganu.

ZAYTUN merupakan ringkasan kepada Zawiyah Yusufiyyah lit-Tarbiyyah wat-Ta’lim ad-Dini wa Tahfiz al-Qur’an, yang menekankankepada 3 aspek pendidikan iaitu hafalan al-Quran, pengajian kitabturath dan juga pendidikan kerohanian, berdasarkan pegangan as-Sawad al-A’zhom iaitu golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah.
Sebagai permulaan,3 ekar daripada 18 ekar tanah wakafdimanfaatkan untuk mendirikan institusi pendidikan Agama ini danbermula pada tahun 2019, kerja-kerja berkaitan telah dijalankan. Akhirnya, berkat sumbangan orang ramai, ZAYTUN secara rasminyatelah beroperasi secara rasmi pada bulan September 2021.
Pada Oktober 2022, ZAYTUN telah mendapat perakuan pendaftaransebagai Institusi Pendidikan Islam Swasta oleh JHEAT dengannombor pendaftaran JHEAT.03-018/14/258.
perancangan
Perlukan Bantuan?
Untuk membantu anda dengan lebih baik & pantas, hubungi kami dengan menekan butang Whatsapp di bawah



