
Pengenalan
Zawiyah Yusufiyyah(zaytun) merupakan satu institusi pendidikan agama bersanad yang terletak di atas tanah wakaf al-marhumah hajjah kelsom bt hj daud, merupakan isteri kepada sultan zainal abidin iii, berhampiran dengan bangunan ikonik pura tanjung sabtu, kg tanjung sabtu, manir, kuala terengganu.
ZAYTUN merupakan ringkasan kepada Zawiyah Yusufiyyah lit-Tarbiyyah wat-Ta’lim ad-Dini wa Tahfiz al-Qur’an, yang menekankan kepada 3 aspek pendidikan iaitu hafalan al-Quran, pengajian kitab turath dan juga pendidikan kerohanian, berdasarkan pegangan as-Sawad al-A’zhom iaitu golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah.
Sebagai permulaan, 3 ekar daripada 18 ekar tanah wakaf dimanfaatkan untuk mendirikan institusi pendidikan Agama ini dan bermula pada tahun 2019, kerja-kerja berkaitan telah dijalankan. Akhirnya, berkat sumbangan orang ramai, ZAYTUN secara rasminya telah beroperasi secara rasmi pada bulan September 2021.
Pada Oktober 2022, ZAYTUN telah mendapat perakuan pendaftaran sebagai Institusi Pendidikan Islam Swasta oleh JHEAT dengan nombor pendaftaran JHEAT.03-018/14/258.
Perancangan
ZAYTUN telah merancangkan pembangunan yang bakal dimanfaatkan untuk masa hadapan. Perancangan pembangunan prasarana kompleks ZAYTUN adalah seperti berikut;
Fasa Pertama(Telah Selesai):
Menaiktaraf rumah wakaf pertama yang bakal digunakan sebagai surau, tempat belajar, perpustakaan, penempatan guru, dan pejabat. Setakat 31 Disember 2020, kerja menaiktaraf rumah wakaf pertama telahpun siap dengan kos sekitar RM 45,000 dibelanjakan melalui sumbangan orang ramai.
Menaiktaraf rumah wakaf kedua yang akan dijadikan asrama pelajar. Kerja menaiktaraf rumah wakaf kedua telah bermula pada 28 Disember 2020 lalu dan telah selesai dengan kos sebanyak RM 50,000.00.
Mendirikan wakaf seluas 20X20 kaki untuk kegunaan pelajar dan telah selesai dengan kos sebanyak RM 25,000.00.
Fasa Kedua(Bermula 2024):
- Membina masjid al-mustafa yang memuatkan anggaran 200 orang di atas tanah bersebelahan pura tanjung sabtu.
- Membina 2 buah rumah untuk kegunaan guru dan tetamu.
Anggaran kos yang dikira oleh AHS Architects SDN BHD ialah sebanyak RM 1.5 juta.
Fasa ketiga & keempat (perancangan 6 tahun mendatang):
- Membina rumah mudir dan 2 ruang suluk yang mengandungi10 bilik.
- Membina kantin kekal yang memuatkan anggaran 200 orang pada satu-satu masa.
- Membina asrama kekal yang memuatkan anggaran 150 orang pelajar.
Anggaran kos untuk menyempurnakan keseluruhan kompleks zaytun ini ialah dianggarkan sebanyak rm 5,000,000.00.

PERKEMBANGAN TERKINI
AlhamdulIllah, berkat sumbangan para dermawan yang sentiasa membantu kami, Pembinaan Fasa 2 telahpun dimulakan sejak Ramadhan 1444H/Mac 2024M.
Setakat hari ini, pembinaan Fasa 2 baru mencapai 15% kesiapan dan akan terus diupdate dari semasa ke semasa.
BERSAMALAH MEREBUT PAHALA JARIAH DENGAN BERINFAQ KEPADA KAMI
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍۢ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍۢ ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌعَلِيمٌ
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Surah Al-Baqarah 2:261
BAGAIMANA TUAN/PUAN DERMAWAN INGIN MEMBANTU ?
Dengan 3 cara sahaja, tuan/puan dermawan dapat membantu kami, iaitu:
- Pilihan pakej secara online.
- Transfer/bank in manual ke akaun ZAYTUN.
- Secara tunai.
Salurkan INFAQ secara online di hujung jari :
- Pilih pakej sumbangan yang diinginkan
- Klik pada pakej yang dipilih
- Tuan/puan dermawan akan dibawa terus ke ‘payment gateway’ untukmenyalurkan sumbangan secara online banking
ATAU
Menyumbang secara transfer/bank in manual ke :
NAMA AKAUN
ZAWIYAH YUSUFIYYAH (ZAYTUN)
BANK
MAYBANK
NOMBOR AKAUN
563019329665
Wajib menulis reference(rujukan) : PEMBANGUNAN ZAYTUN
ATAU
Menyalurkan sumbangan secara tunai :
Berhubung terus kepada kami di :
+6017-2950190 (Pengurusan ZAYTUN)
SETIAP SUMBANGAN TUAN/PUAN DERMAWAN AMATLAH BERHARGA BAGI KAMI DALAM MEREALISASIKAN HASRAT UNTUK MELAHIRKAN GENERASI BERILMU, BERIMAN DAN BERAKHLAK MULIA.
بارك الله فيما أنفقوا وفيما أبقوا





